Rabu, 25 November 2009

Potongan Akhbar


Sedikit sebanyak media banyak membantu menaikkan artis untuk dikenali peminat.

Begitulah kehendak dengarband untuk dikenali para pendengar, bukan untuk menjual rupa,

tetapi untuk memberi maklumat bahawa terdapat karya-karya baru yang mungkin sesuai dengan halwa telinga masa kini.
Dengan konsep akustik pop ini, pendengar dapat menilai sendiri bahawa karya-karya tempatan juga tidak kurang hebatnya dan mempunyai kepelbagaian citarasa yang mewarnai industri kita.
Konsep yang berlirikkan ketuhanan dan kerohanian ini tidak semestinya hanya untuk masa-masa tertentu sahaja tetapi ianya juga sesuai apa jua masa dan ketika.

Terima kasih kepada pihak media yang banyak memberi ruang kepada artis-artis yang bergerak sendiri seperti kami.

Sabtu, 21 November 2009






Hari ini dengarband muncul lagi dalam program TV9 "Nasi Lemak Kopi O". Sungguh meriah kerana dapat bertemu dengan pencipta lagu yang sememangnya amat dikenali diseberang & di tanah air kita iaitu saudara Opik, yang juga memperjuangkan lagu-lagu, karya ketuhanan & kerohanian ciptaannya, atau lebih dikenali menerusi lagu ciptaan beliau Dealova, yang sering diputarkan di radio suatu ketika. Meremang bulu roma apabila beliau menyampaikan sebuah lagu di set "Nasi Lemak Kopi O" secara live, mesej yang disampaikan menusuk jiwa apabila dihayati secara mendalam.


dengarband juga berkesempatan bertemu dengan Adam di set tersebut, yang juga menjadi tetamu bagi program ini. Bertemu dengan kawan-kawan baru memang amat meyeronokan apabila dapat berkongsi ilmu pengetahuan & pendapat.

Khamis, 12 November 2009

"MHI & NASI LEMAK KOPI O"










Baru - baru ini dengarband telah muncul di rancangan MHI bagi tujuan promosi mini EP. Rancangan yang dihoskan oleh Ally & Wardina telah membuka ruang bagi dengarband memperdengar dan menceritakankan serba sedikit info tentang dengarband. Sebuah lagu yang menjadi single iaitu Taqwa di dalam mini EP yang memuatkan lima buah lagu ini telah diperdengarkan dimata penonton Malaysia Hari Ini. Terima kasih kepada TV3 kerana memberi ruang kepada kami.








Beberapa hari kemudian dengarband telah bermain secara live untuk rancangan "Nasi Lemak Kopi O" di TV9 bagi keseluruhan rancangan yang turut mengundang band "Exstrange" yang memeriahkan lagi dengan persembahan secara live bagi segmen artis jemputan pada hari tersebut. Dikesempatan ini juga kami ucapkan


terima kasih kami kepada TV9 kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk bermain secara live bagi rancangan tersebut.




Ahad, 25 Oktober 2009




Apabila berita menyiarkan kejadian gempa yang berlaku di Padang, Sumatera.


Keinsafan muncul bahawa tiada benda yang kekal di dunia.


Di kesempatan ini Suria Band kita telah menganjurkan kempen Gempa@Padang yang bertempat di Plaza Alam Central di Shah Alam & dengarband turut serta membuat persembahan amal bersama band-band yang memduduki carta 15 Suria FM.

Band yang mejayakan persembahan pada hari itu ialah Matahari, Mafla 21, Rockett, Exorage & TonaWarna.

Terima kasih kami kepada mereka yang datang melihat persembahan dan menderma pada hari itu. Sedikit sebanyak dapat meringankan beban kepada mereka yang memerlukan.

Selasa, 20 Oktober 2009

Muzik FM








Baru-baru ini dengarband telah diundang
bagi rancangan "R & K" Rock Selamba
di Muzik FM.
Rancangan ini memuatkan Interview dengarband bersama DJ Reez & Khairul.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kerana sudi
menjemput kami bagi rancangan tersebut.
dengarband juga telah memainkan dua buah lagu secara live iaitu "Taqwa & Sinar Hidup".

Lagu yang dimainkan secara live itu telah memasuki carta 4 by 4 dan telah menjuarai carta bagi minggu tersebut dengan undian sms oleh pendengar-pendengar Rock Selamba dan ini adalah satu penghormatan bagi kami dan sangat-sangat kami hargai. Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang mengundi dengarband dan berharap terus menyokong usaha kami didalam industri muzik ini.



dengarband meraikan anak-anak yatim Darul Ummah

dengarband telah di jemput untuk meraikan majlis di rumah anak-anak Yatim Darul Ummah.
dengarband juga telah membuat acara-acara kuiz
dan mempersembahkan beberapa buah lagu bagi
memeriahkan lagi majlis.

Sedih juga melihat mereka yang masih kecil terpaksa mengharungi hidup ini tanpa kasih sayang ibu dan bapa.
Hanya ini sumbangan yang dapat dengarband beri buat mereka, iaitu dengan meluangkan sedikit dari masa kami untuk bersama-sama mereka.

Sama-sama kita mendoakan mereka untuk kehidupan yang lebih baik, mendapat pelajaran yang terbaik demi masa depan mereka dunia dan akhirat, Amin....

Jumaat, 11 September 2009

zaman dah berubah (krayon/barongan)





1991 Bermula karier kami sebagai pemuzik secara serius dengan lahirnya "Krayon" album pertama Sham & Achid, bernaung dibawah Fret's Production banyak pengalaman yang kami dapat. Tambah pula didalam production tersebut terdapat pemuzik-pemuzik berpegalaman yang kami kagumi, seperti Razman, Hillary, Asnan, Mustapha Ramly, Kudin. Dari situ kami dapat pengalaman yang tak dapat dibeli di mana-mana. Bakat yang ada diasah, pengalaman studio rakaman, pentas dan sebagainya. Maka lahir lah "Putih Hitam Kelabu" di bawah label EMI sebagai pengedar, yang pada masa itu melanggar zaman rock kapak. Namun apa yang diperjuangkan Krayon tidak difahami pada era itu. Mungkin tidak sesuai pada ketika itu. Pada masa kini, muzik seperti itu sudah mula digilai oleh pemuzik-pemuzik alternatif dan indie.










Percubaan kedua dibuat pada 1995 dengan "Infiniti" sesuatu yang berlainan sama sekali dengan album pertama. Sepenuhnya Krayon menjadi penerbit bagi album ini dan Arts Record sebagai label dan pengedar. Namun masih tidak dapat diterima oleh pendengar atau kurang promosi bagi alabum ini.


Sham & Rashid semasa dalam band "Krayon" di Pulau Sentosa, Singapura.
konsert malam tahun baru 1995/1996 bersama Sweet Charity, Mega, XPDC & lain-lain. Krayon & ditubuhkan pada tahun 1989, telah merakamkan tiga album, "Putih Hitam Kelabu" 1991, "Infiniti " 1995 & "Crayon" 1998. Muzik yang dimainkan berbentuk Funk & Rock & Roll. Kebanyakan lagu yang dimuatkan didalam album adalah ciptaan Sham & Achid. Kemungkinan genre muzik groove dan funky tidak dapat diterima pada ketika itu.
Akhirnya krayon sepi dan anggotanya membawa haluan & komitmen masing-masing.
Sham bersama "Barongan" dengan Album bertajuk "Cakap Terang" pada 2005 bersama Stone, Aub dan Ujang. Album yang membawa konsep metal ini telah membawa Sham kepada satu genre muzik yang jauh berlainan dengan konsep Krayon dan Dengarband.

didalam gambar Sham, Stone & Aub "Barongan"
Kini semuanya menjadi sepi, "dengarband" pula muncul pada majlis-majlis makan malam koporat dan lain-lain majlis, sehingga muncul dengan album akustika bertajuk "dengarband". Masa begitu pantas berlalu, namun perjuangan masih lagi diteruskan bagi memeriahkan lagi industri walau pun kini digelar remaja lama.