Jumaat, 11 September 2009

zaman dah berubah (krayon/barongan)





1991 Bermula karier kami sebagai pemuzik secara serius dengan lahirnya "Krayon" album pertama Sham & Achid, bernaung dibawah Fret's Production banyak pengalaman yang kami dapat. Tambah pula didalam production tersebut terdapat pemuzik-pemuzik berpegalaman yang kami kagumi, seperti Razman, Hillary, Asnan, Mustapha Ramly, Kudin. Dari situ kami dapat pengalaman yang tak dapat dibeli di mana-mana. Bakat yang ada diasah, pengalaman studio rakaman, pentas dan sebagainya. Maka lahir lah "Putih Hitam Kelabu" di bawah label EMI sebagai pengedar, yang pada masa itu melanggar zaman rock kapak. Namun apa yang diperjuangkan Krayon tidak difahami pada era itu. Mungkin tidak sesuai pada ketika itu. Pada masa kini, muzik seperti itu sudah mula digilai oleh pemuzik-pemuzik alternatif dan indie.










Percubaan kedua dibuat pada 1995 dengan "Infiniti" sesuatu yang berlainan sama sekali dengan album pertama. Sepenuhnya Krayon menjadi penerbit bagi album ini dan Arts Record sebagai label dan pengedar. Namun masih tidak dapat diterima oleh pendengar atau kurang promosi bagi alabum ini.


Sham & Rashid semasa dalam band "Krayon" di Pulau Sentosa, Singapura.
konsert malam tahun baru 1995/1996 bersama Sweet Charity, Mega, XPDC & lain-lain. Krayon & ditubuhkan pada tahun 1989, telah merakamkan tiga album, "Putih Hitam Kelabu" 1991, "Infiniti " 1995 & "Crayon" 1998. Muzik yang dimainkan berbentuk Funk & Rock & Roll. Kebanyakan lagu yang dimuatkan didalam album adalah ciptaan Sham & Achid. Kemungkinan genre muzik groove dan funky tidak dapat diterima pada ketika itu.
Akhirnya krayon sepi dan anggotanya membawa haluan & komitmen masing-masing.
Sham bersama "Barongan" dengan Album bertajuk "Cakap Terang" pada 2005 bersama Stone, Aub dan Ujang. Album yang membawa konsep metal ini telah membawa Sham kepada satu genre muzik yang jauh berlainan dengan konsep Krayon dan Dengarband.

didalam gambar Sham, Stone & Aub "Barongan"
Kini semuanya menjadi sepi, "dengarband" pula muncul pada majlis-majlis makan malam koporat dan lain-lain majlis, sehingga muncul dengan album akustika bertajuk "dengarband". Masa begitu pantas berlalu, namun perjuangan masih lagi diteruskan bagi memeriahkan lagi industri walau pun kini digelar remaja lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan