Jumaat, 11 September 2009

zaman dah berubah (krayon/barongan)





1991 Bermula karier kami sebagai pemuzik secara serius dengan lahirnya "Krayon" album pertama Sham & Achid, bernaung dibawah Fret's Production banyak pengalaman yang kami dapat. Tambah pula didalam production tersebut terdapat pemuzik-pemuzik berpegalaman yang kami kagumi, seperti Razman, Hillary, Asnan, Mustapha Ramly, Kudin. Dari situ kami dapat pengalaman yang tak dapat dibeli di mana-mana. Bakat yang ada diasah, pengalaman studio rakaman, pentas dan sebagainya. Maka lahir lah "Putih Hitam Kelabu" di bawah label EMI sebagai pengedar, yang pada masa itu melanggar zaman rock kapak. Namun apa yang diperjuangkan Krayon tidak difahami pada era itu. Mungkin tidak sesuai pada ketika itu. Pada masa kini, muzik seperti itu sudah mula digilai oleh pemuzik-pemuzik alternatif dan indie.










Percubaan kedua dibuat pada 1995 dengan "Infiniti" sesuatu yang berlainan sama sekali dengan album pertama. Sepenuhnya Krayon menjadi penerbit bagi album ini dan Arts Record sebagai label dan pengedar. Namun masih tidak dapat diterima oleh pendengar atau kurang promosi bagi alabum ini.


Sham & Rashid semasa dalam band "Krayon" di Pulau Sentosa, Singapura.
konsert malam tahun baru 1995/1996 bersama Sweet Charity, Mega, XPDC & lain-lain. Krayon & ditubuhkan pada tahun 1989, telah merakamkan tiga album, "Putih Hitam Kelabu" 1991, "Infiniti " 1995 & "Crayon" 1998. Muzik yang dimainkan berbentuk Funk & Rock & Roll. Kebanyakan lagu yang dimuatkan didalam album adalah ciptaan Sham & Achid. Kemungkinan genre muzik groove dan funky tidak dapat diterima pada ketika itu.
Akhirnya krayon sepi dan anggotanya membawa haluan & komitmen masing-masing.
Sham bersama "Barongan" dengan Album bertajuk "Cakap Terang" pada 2005 bersama Stone, Aub dan Ujang. Album yang membawa konsep metal ini telah membawa Sham kepada satu genre muzik yang jauh berlainan dengan konsep Krayon dan Dengarband.

didalam gambar Sham, Stone & Aub "Barongan"
Kini semuanya menjadi sepi, "dengarband" pula muncul pada majlis-majlis makan malam koporat dan lain-lain majlis, sehingga muncul dengan album akustika bertajuk "dengarband". Masa begitu pantas berlalu, namun perjuangan masih lagi diteruskan bagi memeriahkan lagi industri walau pun kini digelar remaja lama.

Selasa, 8 September 2009


Sedar tak sedar berpuasa ,dah tak jauh nak dekat raya dah. Dengarband pun sibuk la dengan lagu raya,buat lagu dan buat video clips untuk youtube. Entah lah, ok ke tak, tapi yang penting lagu raya ni khas buat semua umat dan saudara Islam. Di atas kesempatan ini, "dengarband" mengucapkan " Selamat Menyambut Aidilfitri" buat semua baik yang mengenali mahupun tidak dan mengambil kesempatan ini memohon maaf, zahir dan batin

Rabu, 2 September 2009

Evolusi Muzik

16hb Ogos 2009






Rancangan Evolusi Muzik yang dirakam di studio Finas secara Live selama sejam bersama "dengarband" juga sedang menanti siaran dalam masa terdekat.

"dengarband" telah memainkan sebanyak sembilan buah lagu, termasuk empat lagu cover bagi
memenuhi citarasa para penonton bagi episod tersebut.

"dengarband" sepenuhnya bermain secara akustika, bagi keseluruhan rancangan yang juga akan ditayangkan di Astro chanel 180 .












Jangan lepaskan peluang berhibur & meyaksikan "dengarband" bermain secara live di kaca tv anda.

Muzik Aktif

7hb Ogos 2009

Rakaman video "dengarband" untuk Muzik Aktif chanel 180 Astro telah dibuat bagi slot puisi dan menanti waktu tayangan keudara.

Lima buah lagu dari "dengarband" telah di videokan iaitu Taqwa - lagu/lirik -Sham, KeranaNya lagu/lirik - Sham, Ampuni Aku lagu - Stone lirik -Ecan, Titik Akhir lagu - Sham lirik Tawfan & Sinar Hidup lagu/lirik Reduan, bagi slot Muzik Aktif, chanel 180 Astro.
"dengar dengarkan..."
bersama produksi yang menjayakan rakaman...


Suria FM Radio Interview

29hb Ogos 2009



"dengarband" keudara secara live di Suria FM bersama Bob Ringgo di dalam segmen carta
sebagai tetamu undangan.

Terima kasih kepada Suria FM kerana memberi peluang bersama sama memeriahkan carta tersebut...



bersama kami sahabat seperjuangan "dengarband" yang telah memasuki carta pada tangga ke 6 iaitu zam dari "Matahari Superpoyo"

"tahniah kepada mereka "



dengarband 2009










Dengarband terdiri dari pemuzik yang telah lama berkecimpung dalam arena muzik tanah air. Dari anggota Krayon dan Barongan. Dengarband ditubuhkan oleh pada tahun 2007 oleh sham (Krayon/Barongan - vocal/guitar), kodok ( pemuzik bebas - keyboard/percussion/harp/background vocal ) & achid ( Krayon - guitar/background vocal ), yang asalnya bergerak di majlis-majlis makan malam disekitar Kuala Lumpur dan sebagai tenaga pemuzik/penyanyi jemputan bagi kerja-kerja studio dan rakaman.


Dengarband membuat keputusan untuk merakam mini EP sebanyak lima buah lagu bagi mencuba nasib dalam industri muzik yang masih kurang menapilkan konsep muzik akustika bagi memeriahkan lagi industri muzik Malaysia.


Mini EP ini keseluruhannya dibuat dan bergerak secara indie, dari proses rakaman, mastering & rakaman/suntingan video oleh anggota dengarband sendiri.
Pelancaran album "dengarband" masih lagi dalam perbincangan mencari tarikh yang sesuai bagi dilancar secara rasmi, oleh itu CD yang menggunakan tajuk "dengarband" buat masa ini hanya boleh didapati melalui dengarband di setiap majlis makan malam ataupun melalui pertunjukan pentas dan pos.
sebarang pertanyaan atau pembelian boleh dibuat melalui email tertera dengarband@gmail.com